Pindah Rumah Baru

pindah rumah baru

Click Here

Cerita anak-anakku…

Agak lama juga aku tak update blog aku… cbuk dgn facebook plak sekarang ni… ape pun aku akan tetap menulis dalam blog aku ni untuk tatapan ahli keluarga ku, dan buat kenangan kami sekeluarga..
kali ni aku nak bercerita pasal telatah mukmin dan aisha…
kita mula dgn anak sulong ku dulu…

MUKMIN…
Baru-baru ni pada tanggal 29-10-2009, kami telah mengikuti temujanji di hospital Putrajaya. Aku berdebar juga untuk mengertahui keputusan MCU mukmin… doktar telah menerangkan pada ku dan suami tentang keadaan anak ku. buah pinggang anakku telah membengkak 2-2 belah… disebelah kiri bengkak nya telah tahap ke5, manakala di sebelah lagi ditahap 3.. Doktor telah membuat temujanji dengan doktor pakar buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur… tarikh yer pada 4/2/2010 pada tahun hadapan…
Aku berasa heran juga…
kenapa lambat sgt tarikh yang diberikan…
Dan juga doktor telah mengambil masa yang agak lama untuk mengenal pasti penyakit anak ku…
Tidak ku sangka..
bermula dari kencing kotor ketika berusia 10 bulan sehingga sekarang 2thn1bln…
lamakan jangka masa yer…
apa pun aku bersyukur kerana anak ku mukmin sihat dan aktif….

NUR AISHA….
Anak ku yang girl ni pulak terlalu lasak sgt…
antara dia dengan mukmin memang banyak bezanya…
dari segi ragam yer… memang sama dgn abi nya….
aisha ni sekarang dah pandai kenal orang… kalau dia tak kenal dia akan menangis teresak-esak.. selagi aku atau suami tak ambil, memang dia akan teresak-esak. sekarang ni aisha dah pandai berdiri sendiri.. agak cepat dari abang dia…
sekarang ni aisha asyik memerap jer… nak aku dekat dengan dia… kalau dengan suami ku dia tak berapa nak…

terpaksa meninggalkan anak2.

Hari ini aku nak berkongsi cerita pada semua. Pada minggu lepas pada 14/10/2009 aku telah menghadiri kursus sepanjang minggu… terpaksalah aku meninggalkan anak2 ku pada suamiku.. Mulanya aku tak berapa mengharapkan suamiku untuk menjaga anak, tetapi sangkaan aku silap… suami ku dapat menjaga anak sebaik mungkin.. ialah pagi antar ke nursery, ptg dan malam jer suami ku menjaga… sekurang2nya dapat dia bersabar dengan kerenah anak kecilku nur aisha. nur aisha ni kalu malam dia akan menangis manja cikit.. masa aku pulang dari berkursus, suami ku berkata padaku,” bolehlah ayang tinggalkan anak lagi lepas ni, bab abang boleh jaga anak2 lebih baik dari ayang…
aku hanya senyum ajer… masa aku nak berikan susu badanku pada aisha, dia marah dan mengigit aku, dia melepaskan geram dan marah padaku… apa pun aku bersyukur sangat suami ku dapat mengawal anak2 ku… boleh harap pun suami ku… sesekali dia tunjuk bakat menjaga anak…
Lepas ni boleh lagi aku tinggalkan anak2 lagi… hehehehe….

Sekolah Seri Puteri Cyberjaya

3

2

ini adalah gambar kawan-kawan setugasku…. gambar ini ada juga kawan yang tak datang berkerja pada masa tu jadi tak cukup ahli jugalah… mana yang kawan tak ade tu nanti boleh lah kita ambil gambar lain pulak yer…hahaha!!

RAYA AIDILFITRI 2009

20092009486

Ini gambar kami tiga beranak… dengan bertemakan warna merah hati… aisha jer yang tak dapat merah hati.. tapi ada jugalah merah kat baju kurung dia.. masa gambar ni diambil mukmin sedang tidur.. aisha suka sangat pakai baju kurung.. pada hari ini juga aisha dah pandai merangkak dengan laju sekali…

20092009466

20092009494

Jumaat 18/09/2009

Balik kampung… oh..oh balik kampung..!!!
perjalanan jauh tak ku rasa kerna ade anak yang memeriuhkan suasana…
kami sekeluaraga telah bertolak dari cyberjaya pada pukul 2.15 tgh…
ingatkan nak bertolak lebih awal sedikit, disebabkan ari tu hari jumaat, lepas solat jumaat baru kami sekeluarga bertolak…
semasa dalam perjalanan balik memang jem juga tapi tak lah seteruk yang lepas2.. mungkin kami bertolak awal sedikit..
kami sekadar singgah di sg perak untuk menukar pampers anak2..
sebenarnya kami sepatutnya lebih awal sampai ke sik, kedah… tetapi kami sekeluarga telah menyinggah di gerik untuk bershoping raya buat terakhir…
dapat jugalah sepasang sorang baju raya…. kami berbuka puasa juga di gerik… hajat dihati nak berbuka di kfc,grik.. tetapi terlalu ramai orang sgt dan tiada tempat duduk …

ini gambar semasa tengah berehat di sg perak… suamiku nak luruskan kaki dia yang dah kekebasan…
anak2 keriangan untuk balik ke kampung …

18092009453

Download free lagu raya

raya

Koleksi Lagu Hari Raya Terbaik!

hariraya
Click image to preview Mp3

The Lucky Laki – Bukan Superman.mp3

song"Download", posted with blogshema

Siti Nurhaliza – Air Mata Syawal

song "Download", posted with blogshema

Sharifah Aini – Suasana Hari Raya.mp3

song "Download", posted with blogshema

Nur Syawal – 04 – Hijjaz – Sinar Ramadhan.mp3

Memborong baju raya…..

Hari ini aku dan kawan sepejabat telah pergi ker parcel c, putrajaya.. ade jualan murah pada setiap hari jumaat sahaja… minggu lepas aku pun telah pergi sana untuk sekadar server baju raya anak2ku.. Harga berpatutan juga lah… arini aku telah membeli baju raya untuk nur aisha… dapat jugalah 3 pasang baju raya kat dia.. baju budak lelaki pulak tak lah banyak pilihan.. aku sekadar dapat membeli seluar jean sahaja pada dia.. apa pun aku dapat juga berjimat dan belanja sekadar termampu sahaja… tema pada tahun ini berwarna merah hati… tak sabarnya untuk mel;ihat anak2ku memakai baju raya tahun ni…

Koleksi nasyid – Nur Syawal

Nur Syawal

Tracklist
1. Ayat Al – Quran (Al – Baqarah ; 83) , Qasidah & Narration
2. Hijjaz – Rahmat Ramadhan
3. In – Team & Unic – Kemuliaan Ramadhan
4. Hijjaz – Sinar Ramadhan
5. Unic – Muhasabah Ramadhan
6. Hijjaz – Ramadhan Bulan Berkat
7. Unic & Mestica – Hikmah Bulan Mulia
8. Takbir Hari Raya
9. In – Team & Unic – Di Suatu Hari Raya
10. In – Team – Kemaafan Di Aidilfitri
11. Hijjaz – Salam Kemaafan
12. Hijjaz – Sekuntum Kemboja Yang Gugur
13. In – Team & Unic – Zapin Hari Raya
14. Hijjaz, In – Team, Unic, Mestica – Senandung Aidilfitri

Koleksi Lagu Raya Best!!

1. Ajai – Rindu Di Aidil Fitri
2. Amy Mastura – Setahun Sekali
3. lagu raya – awie – Selamat Hari Raya
4. Asha Malik – Pulang Di Hari Raya
5. RAIHAN Maafkan – IKTIBAR RAMADHAN
6. Anuar & Ellina – Suasana hari raya

Share Lagu-lagu raya

Untuk menyemarakan musim raya yang menjelang tiba nih,ni aku nak share lagu-lagu raya nih.selamat hari raya!!!! ha Download la

1. siti nurhaliza – Takbir Raya
2. Saloma – Selamat hari Raya
3. P. Ramlee – Dendang Perantau
4. Sudirman – Balik Kampung
5. Siti Norhaliza – Air Mata Syawal
6. Aman Shah – Kepulangan yang dinanti
7. Sharifah Aini – Suasana hari raya
8. DJ DAve – Menjelang hari raya
9. Uji rashid – Doa Di Hari mulia
10. M. Nasir – Suatu hari Di hari raya
11. Rafeah buang – Bila takbir begema
12. Sudirman – Dari Jauh Ku Pohon Maaf
13. Rahimah Rahim – Selamat Berhari raya
14. Sweet September – Hari raya tetap Tiba
15. Noor Kumalasari – Pulang Di Hari Raya
16. Ahmad jais – Selamat hari raya
17. Eddy Nur Ali – Manusia Miskin Kaya
18. Junaidah M. Amin – Suasana Riang Di Hari Raya
19. Sudirman – Selamat Hari Raya
20. Sanisah Huri – Bersabarlah Sayang
21. Hail Amir & Uji Rashid – Seloka Hari Raya
22. Cenderawasih – Bersama Di Hari Raya
23. Black Dog Bone – Cahaya Aidilfitri
24. Lagu Raya – Senario – Seminggu Berhari Raya
25. Lagu Raya – Senario – Puasa Dan Raya

Merdeka !!!

merdeka

merdeka 2

merdeka 3

merdeka 4

BVC

MERDEKA!!!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!
ITULAH UCAPAN MUKMIN KERENA TELAH KELUAR DARI HOSPITAL….
keluar ajer dari hospital… ABI nya telah membawa mukmin ke dataran merdeka… semperna hari kemerdekaan negara kita…. SELAMAT HARI MERDEKA….
Alang-2 dah sampai ker KL.. kami sekeluarga telah pergi ke jalan TAR… konon2 nak server harga baju raya… tapi terus jer beli bila dah menyinggah kedai bertanyakan harga baju…
Bila dah beli… rasa menyesal pulak..bab tanya kedai lain harga lagi murah… tapi kena reda… apapun… kami akan beraya dengan baju yang sama seisi keluarga…

Aktiviti Mukmin di Hospital

1

more about "more", posted with blogshema

inilah sebahagian daripada aktiviti mukmin semasa berada di wad… ialah orang sihat dimasukkan diwad… macam orng tak sakit langsung…
ada juga nurse sendiri yang cakap padaklu mukmin cergas dan tak sakit… berlari ajer sekeliling wad…

Buat kali yang ketiga

2008200936420082009354

edit 1

Mukmin kini masih berada di hospital…
inilah sebahagian gambar dia di hospital… kalau dikira ini kali yang ketiga mukmin di masukkan di hospital..
semasa menjaga mukmin di wad… aku telah bersembang dgn seorang mak juga sepertiku… dia menyangkakan aku sebagai orang gaji pada anakku sendiri… marah pun ade juga.. mentang-2lah mukmin dgn aku jauh beza muka,kulit.. mungkin juga aku pada masa tu hanya berpakaian simple sahaja… bagi dia mungkin aku orang gaji…
sedih juga pun ade juga… bila aku bercerita pada suami ku… dia boleh ketawakan aku… katanya aku memang masatu cam orang indon dengan tudung yang aku pakai tudung indon…. Pada esoknya aku telah bergaya sakan jugalah untuk menjaga anak ku… hehehe….

Anniversary Perkahwinan

19/8/2009 ANNIVERSARY PERKAHWINAN

Terima kasih suami ku…
kerana menjaga anak kita…. dan juga Hari ini adalah “anniversary perkahwinan kita yang ke 3″ terpaksalah kita menyambutnya di dalam wad putrajaya.. tiada kata yang dapat aku ucapkan selain terima kasih menjaga diriku, dan memberi kasih sayang..
Ku berharap agar kepercayaan yang ku berikan tidak disalah gunakan….
semoga kasih sayang, cinta dan hormat-menghormati dan kepercayaan berkekalan hingga ke akhir hayat….
Aku memohon agar Allah memberkati keluarga kita….

Mukmin masuk wad

salam… hari ini 18/8/2009 pada pukul 10.00mlm, mukmin telah dimasukkan ke hospital Putrajaya atas arahan doktor…
nak tahu mukmin sakit apa??
doktor memberitahu yang mukmin menghidap kencing kotor… memang kami sekeluarga dah tahu lama yang dia menghadapi masalah jika hendak membuang air kencing…masalah terjadi selepas dia mengalami koma pada umor 7bulan. setiap bulan kami akan membawa ke hospital untuk menjalani ujian airkencing..
Doktor memberitahu bahawa kuman yang menyerang mukmin telah kuat dan tidak dapat musnah dengan memakan ubat yang selama ini doktor berikan.. disebabkan itu mukmin perlu dimasukakan ke hospital untuk injet ubat yang akan membunuh kuman tersebut… lama jugalah dia akan ada dalam wad.. 7 hari jugalah…
Aku sangat bersyukur kerana mendapat suami yang sanggup berkorban masa dan kerjanya untuk menjaga anak aku di hospital… Semasa aku berkerja… aku pulak dah tak ade cuti untuk aku ambil sekarang ni.. kalau ikutkan aku… potong gaji pun tak ape… nak aja menjaga mukmin tetapi anak ku yang kecil(aisha) lebih perlukan perhatian daripada tu… sebab dia menyusu badan…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.